Thursday, June 11, 2015

Hipertansi / Darah Tinggi

Assalammualaikum...

Dah sebulan saya rasa memang badan xsedap, sejak demam senggugut aritu. Alkisahnye semalam g KK nak checkup Zahra sebab batuk tak baik2.. alang2 tu saya pun nak checkup  biasa n buat buku sekali, esok2 senang..sO, bila checkup tu doktor kata tekanan darah saya agak tinggi.. tp bukan tahap yang serius lg, tak perlu makan ubat.. tak serius pOn tetap kene jaga2 okey, doktor pesan jangan makan masin2. Kat bawah ni gejala yg saya alami sejak sebulan ni..  kawan2 kalau ada tanda2 nie sila berjaga2 ye..



Ciri-ciri Gejala Hipertensi Adalah :

Biasanya orang yang menderita hipertensi akan mengalami sakit kepala, pusing yang sering dirasakan akibat tekanan darahnya naik melebihi batas normal. Wajah akan menjadi kemerahan. Pada sebagian orang akan mengalami detak jantung yang berdebar-debar. Orang yang mengalami darah tinggi akan mengalami gejala hipertensi seperti pandangan mata menjadi kabur atau menjadi tidak jelas. Sering buang air kecil dan sulit berkonsentrasi.
Sering mudah letih saat melakukan berbagai aktiviti. Sering terjadi pendarah dihidung. Gejala hipertensi yang parah bisa menyebabkan seseorang mengalami vertigo. Orang yang mempunyai darah tinggi biasanya akan sensitif dan mudah marah terhadap hal-hal yang tidak dia sukai.
- ciri2 kat atas ni memang saya alami sejak tak sihat baru2 ni..saya ingatkan sebab musim panas yang tak menentu. Dada tiba2 berdebar xtentu pasal, saya ingat saya lemah semangat ke kan.. lagi2 bila masa En.suami pergi buat kerja di luar.. nthen pernah sekali kepala tiba2 melayang, badan lemah, mulut rase xsedap..rasa dunia melayang mcm nak pengsan, time tu memang tengah tak sihat.. so pk maybe sebab tu la..

Beberapa gejala diatas adalah gejala hipertensi yang umum dialami oleh penderita darah tinggi, jika anda mengalami gejala hipertensi tersebut sebaiknya anda terus dapatkan rawatan doktor. Setelah saya memberitahu anda gejala hipertensi yang biasa, saya akan memberitahu anda apa saja faktor yang menyebabkan seseorang terkena penyakit darah tinggi atau hipertensi.

Faktor Penyebab Seseorang Terkena Hipertensi :

Faktor Usia

Faktor usia merupakan salah satu penyebab seseorang terkena penyakit darah tinggi, semakin bertambahnya usia seseorang akan mengurangi elastisitas pembulu darah sehingga tekanan darah didalam tubuh orang yang sudah lanjut usia akan mengalami kenaikan dan boleh melebihi paras normalnya. - saya muda lagiii!! 

Faktor Keturunan

Orang tua yang mempunyai penyakit darah tinggi atau hipertensi ada kemungkinan bisa menurunkannya kepada anaknya, jadi jika orang tua anda mengalami sakit darah tinggi sebaiknya anda selalu waspada karena anda juga bisa terkena penyakit tersebut. - Mak dan abang saya ada darah tinggi..waktu mengandung pon kene juga tapi tak tinggi, mcm sekarang.

Faktor Jenis Kelamin

Para peneliti berpendapat bahw lelaki yang berusia 45 tahun lebih beresiko terkena penyakit darah tinggi dibandingkan wanita, sedangkan wanita yang berusia diatas 65 tahun lebih beresiko terkena penyakit darah tinggi. - saya baru 26 tahun..

Faktor Olahraga

Orang yang tidak pernah melakukan berbagai olahraga akan lebih beresiko terkena penyakit darah tinggi, gaya hidup yang tidak sehat kerana tidak pernah melakukan olahraga akan menyebabkan jantung menjadi tidak sehat jika jantung tidak sehat secara automatik jantung tidak boleh mengepam darah dan akan mengakibatkan aliran darah didalam tubuh menjadi tidak lancar. - lepas ni kene senam banyak2..

Pola Makan

Pola makan yang buruk merupakan salah satu penyebab orang terkena penyakit darah tinggi, jika seseorang sering sekali makan makanan-makanan yang mempunyai kadar lemak tinggi dia akan beresiko terkena penyakit hipertensi. Makanan yang berlemak tinggi akan menjadikan penyumbatan di pembulu darah sehingga tekanan darah akan menjadi naik dan menyebabkan penyakit hipertensi. 
-tak pasti, rasenye dah kurang makan sekarang.. 

Minum Alkohol

Minuman beralkohol sangat tidak baik untuk kesehatan tubuh, jika anda yang sering mengkomsumsi minuman beralkohol sebaiknya anda mulai mengurangi kebiasaan buruk anda bahkan anda harus menghentikannya. Minuman beralkohol akan meningkatkan kadar trigliserida dalam darah , trigliserida adalah kolestrol yang jahat yang bisa menyebabkan tekanan darah menjadi naik secara drastis. - Ofkos tak minummm..

Stres

faktor yang lainnya adalah stres, orang yang sering mengalami stres biasanya tekanan darahnya akan menjadi naik. Jika orang sedang stres hormon adrenalinyanya akan menjadi meningkat lebih jauh sehingga akan menyebabkan tekanan darah didalam tubuh menjadi naik. Maka dari itu anda harus sering melakukan refresing untuk menyegarkan otak anda agar tidak mengalami stres yang berlarut-larut. -memang sangat stressss! Nak hadap perangai manusia yg macam2.. tak boleh nk elak!

Beberapa faktor diatas menyebabkan seseorang hadapi penyakit darah tinggi, jangan melakukan berbagai faktor diatas jika anda tidak ingin mengalami penyakit hipertensi. Lakukanlah pola hidup yang sehat agar anda boleh dapatkan tubuh yang sihat..

Okey itu je nak share harini, kawan-kawan yg tengah sihat tu tak kira la muda ke tua sila lah jaga kesihatan ye.. jaga makan dan jangan lupa bersenam.. nnt jadi mcm saya...huhuuuu..

JANGAN STRESS!!



Friday, June 5, 2015

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 2 - 3 tahun


Assalammualaikum..

AzZahra sekarang berumur 2 tahun 3 bulan, sememangnye dia seorang kanak2 yang lincah, aktif dan banyak bercakap..perangai Zahra 
Sekarang kalau nak bawak kemana2 memang susah, xreti duduk diam..berlari kesana kemari xnak pegang tangan..kadang2 perangainye tu sangat la menguji kesabaran Mak Abahnye..terfikir juga saya ni salah didik dia ke mcmne, risau jugak..yela ni pengalaman pertama jaga anak..Aritu ada sembang2 dengan akak (anak sebaya) dia kata anknye pon mcm tu juga..huhuhuu.. disebabkan Zahra sy mula menggoogle, membaca dan belajar tentang ciri2 pembesaran kanak2... dengan harapan saya boleh atasi dan selesaikan perangai si Zahra.. yang penting memang kene banyak sabar nak jaga Ahli Syurga ni..



A. PERKEMBANGAN FIZIKAL

1. Sangat aktif, suka berlari dan melompat. Sekiranya berkemungkinan, ibubapa perlu menyusun atur rumah agar ada ruang yang membolehkan anak-anak bergerak tanpa rasa bimbang berlaku kemalangan dan kecederaan. Membawa anak ke taman permainan adalah satu langkah yang bijak. Di situ anak-anak dapat melakukan berbagai-bagai aktiviti fisikal di bawah pengawasan ibubapa.


2. Anak-anak di tahap ini belum dapat mengawal pergerakan otot-otot, sehingga mereka tidak dapat duduk diam dalam jangkamasa yang terlalu lama. Jadi, sia-sia saja kita meminta mereka duduk diam. Yang lebih baik ialah membiarkan mereka meneroka persekitaran sambil kita mengawasi mereka. 

3. Sekiranya anak-anak mula menunjukkan tabiat suka memegang kemaluan anda tidak perlu risau, segera dapatkan nasihat doktor, anak anda mungkin sedang mengalami gatal ruam atau masalah kulit disekitar bahagian tersebut (di atas faktor kebersihan). Sekiranya tabiat ini berlarutan juga, jangan halang tetapi alih perhatian anak anda dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan menarik minat mereka..


B. PERKEMBANGAN MENTAL

1. Daya konsentrasi sangat pendek dan mudah merasa jemu..

2. Rasa ingin tahu anak-anak di tahap ini sangat tinggi. Ibubapa perlu mengambil kira jenis alat permainan yang hendak dibeli. Permainan yang sesuai ialah permainan yang merangsang kreativiti anak-anak selain harus menarik dan tidak mudah rosak, Ajar anak menggunakan pancaindera (mendengar, melihat, menyentuh, mencium dan merasa). Libatkan sebanyak mungkin pancaindera anak dalam aktiviti seharian mereka misalnya: mendengar bunyi binatang, membawa mereka ke taman untuk melihat berbagai jenis haiwan dan sebagainya.

3. Perbendaharaan kata mereka masih terbatas di tahap ini. Gunakanlah kata-kata yang sederhana dan konkrit, baik ketika bercerita ataupun ketika bercakap dengan anak-anak. Jangan menggunakan perkataan yang abstrak misalnya: tanggungjawab, keselamatan, kebenaran, keadilan dll. Adalah lebih baik menggunakan perkataan yang disertai dengan contoh-contoh kehidupan seharian.

4. Pemikiran anak-anak di tahap ini sebenarnya lebih cepat berkembang berbanding dengan kemampuan untuk bertutur. Sebab itulah anak-anak sering didapati tergagap-gagap ketika bercakap. Ibubapa harus peka terhadap situasi ini dengan menunjukkan perhatian dan kesabaran. Bersedia untuk menjadi pendengar tanpa tergesa-gesa ataupun memaksa anak bercakap dengan lebih cepat.

C. PERKEMBANGAN EMOSI

Menyukai suasana yang sudah dikenali dan takut pada suasana baru atau orang asing. Sekiranya anak sentiasa dibawa bergaul dengan orang sekeliling, perasaan takut lama kelamaan akan hilang.

D. PERKEMBANGAN SOSIAL

1. Sifat dependent masih tinggi, namun kadang-kadang anak juga ingin menonjolkan sifat kemandirian. Biarkan anak melakukan sesuatu yang mampu ia lakukan sendiri.

2. Egocentric. Anak-anak di tahap ini cenderung memperlakukan kanak-kanak lain yang sebaya dengannya sebagai suatu benda dan bukan sebagai individu. Ia belum boleh bermain “dengan” kanak-kanak lain dalam arti kata yang sebenarnya. Oleh itu, ketika bermain dengan kanak-kanak lain, perlu ada pengawasan dari orang dewasa supaya tidak terjadi keadaan di mana anak kita akan menyakiti anak-anak lain.

3. Suka mengatakan “tidak” dan memang dalam usia ini anak bersikap “menentang”. Selain itu anak juga seringkali “menguji” persekitaran dan orang-orang di sekelilingnya. Anak-anak perlu mengetahui apa yang boleh dan tidak boleh dilakukannya. Tingkah laku mereka itu pada hakikatnya merupakan suatu usaha untuk mengetahui apa yang boleh atau tidak boleh dilakukannya. Oleh karena itu ibubapa harus tegas, jika perlu, berikan hukuman yang sesuai dengan tahap umur mereka bagi kesalahan yang dilakukan supaya mereka tahu bahwa yang dilakukannya adalah salah.

E. PERKEMBANGAN ROHANI (SPIRITUAL)

1. Meniru tingkah laku orang dewasa, Sikap dan tingkah laku ibubapa harus membuat mereka memahami tentang ajaran Islam. Bermakna setiap perbuatan kita harus dikaitkan dengan ajaran Islam, seperti solat, berdo’a sebelum makan, membaca bismillah sebelum membuat sesuatu dll.

2. Anak juga berkembang dari segi rohani. Oleh itu, ibubapa perlu menolong mereka untuk menyedari tentang kewujudan Allah dalam setiap aspek kehidupan. Dengan demikian mereka akan belajar bahwa sekalipun Allah tidak dapat dilihat tapi Allah ada. Bermakna dalam setiap aktiviti kita seharian, ibubapa perlu mengaitkannya dengan kewujudan Allah.

AKTIVITI YANG SESUAI UNTUK ANAK-ANAK DI TAHAP INI

Secara fizikal, anak-anak yang berumur antara 2-3 tahun adalah anak yang suka bergerak, berlari, melompat, memanjat dan tidak boleh duduk diam untuk jangkamasa yang lama. Namun mereka cepat letih karena otot-otot belum berkembang dengan sempurna. Mereka belum dapat melakukan pekerjaan yang rumit. Ibubapa perlu menyediakan aktiviti dan permainan sederhana yang dapat anak-anak lakukan. Beberapa aktiviti yang sesuai untuk anak-anak di tahap ini ialah:

1. PERMAINAN BLOK
Gunakanlah blok-blok kayu/plastik, dan ajaklah anak-anak untuk menyusun blok-blok tersebut menurut imajinasi mereka sendiri. Biarkan mereka membuat bentuk menurut keinginan mereka, Permainan ini selain dapat merangsang perkembangan otot-ototnya, juga dapat membantu meningkatkan daya imajinasi mereka.

2. PUZZLE
Puzzle adalah permainan yang menyusun suatu gambar atau benda yang telah dipecah dalam beberapa bahagian. Jangan menggunakan puzzle yang terlalu rumit, tapi gunalah yang sederhana yang terdiri dari 5-10 keping, sehingga anak-anak dapat menyusun
dengan mudah.

3. MELUKIS
Sediakan kertas dan crayon dan biarkan anak-anak membuat gambar dan contengan menurut imajinasi mereka, walaupun pada tahap umur ini biasanya anak-anak masih belum melukis dengan sempurna.

4. MENAMPAL
Gunakan gambar-gambar sederhana yang telah dikenali oleh anak, misalnya meminta anak menampal “mata ikan” pada tempat yang sesuai. Boleh juga diberikan beberapa keping gambar dan minta anak menampalkan mengikut keinginan mereka sendiri, misalnya gambar
seorang gembala, seekor anjing, dan 3 ekor anak lembu serta sekeping kertas hijau berbentuk padang rumput yang luas. Aktiviti ini boleh juga disertai dengan aktiviti mengira. Selesai menampal gambar ajaklah anak mengira jumlah anak lembu, anjing dsbnya.

5. MEWARNA

Sediakan kertas dengan gambar di atasnya, pensil warna, atau crayon. Mintalah anak-anak mewarnakan gambar tersebut. Walaupun mereka belum dapat mewarna dengan sempurna, tapi aktiviti ini dapat melatih kepekaan mereka terhadap warna.

Itulah di antara beberapa aktiviti yang dapat dilakukan oleh anak-anak yang berumur 2-3 tahun. Semoga idea ini dapat membantu ibubapa sedikit sebanyak dalam melayani dan merangsang perkembangan anak-anak.


Credit Info :  Tadika Tunas Ilmu

** semua kat atas memang perangai Zahra sekarang..

Friday, May 24, 2013

Fatimah Az-Zahra


Saidatina Fatimah az-Zahra r.a. adalah puteri bongsu yang mulia Rasulullah S.A.W, Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muthalib bin Hasyim.

Siti Fatimah az-Zahra dilahirkan pada hari Jumaat 20 Jamadil Akhir iaitu tahun kelima sebelum Nabi s.a.w. menjadi Rasul. Ketika itu kaum Quraisy sedang memperbaiki dan membangun kembali Kaabah disebabkan banyak kerosakan pada bangunan tersebut.

Siti Fatimah putri kesayangan Nabi s.a.w. mendapat gelaran Assidiqah (wanita terpercaya), Athahirah (wanita suci) al-Mubarakah (yang diberikahi Allah) dan yang pal
ing sering disebutkan adalah Fatimah Azzahra (bunga yang mekar semerbak).

Dia juga digelari Al-Batuul, iaitu yang memusatkan perhatiannya pada ibadah atau tiada bandingnya dalam hal keutamaan, ilmu, akhlaq, adab,hasab dan nasab.

Fatimah lebih muda dari Zainab, isteri Abil Ash bin Rabi' dan Ruqayyah, isteri Uthman bin Affan. Juga dia lebih muda dari Ummu Kalsum.

Siti Fatimah az-Zahra menyaksikan sendiri betapa halangan dan rintangan yang telah dihadapi ayahandanya dalam memperjuangkan Islam. Pernah ketika Nabi s.a.w. dihina, dimaki hamun, malah diletakkan najis binatang ketika Nabi s.a.w. sedang sujud, menyembah Allah s.w.t., dengan tangisan kesedihan Siti Fatimah membersihkan tubuh Nabi s.a.w. dari kotoran yang taburkan oleh kaum Quraisy.

Kepada Salman Al-Farisi, Rasulullah S.A.W pernah bercerita tentang kearifan yang dicapai oleh Fatimah. Baginda bersabda, "Wahai Salman, ketahuilah bahawa Allah SWT telah memenuhi kalbu dan seluruh jiwa raga puteriku dengan keimanan." Al-Hassan menuturkan; "Ibuku adalah dia yang memenuhi malamnya dengan doa dan munajat hanya kerana umat Muhammad."

Sebagai pendamping hidup Imam Ali r.a, Fatimah juga tampil sebagai isteri yang ideal dan suri rumah yang penuh tanggungjawab. Bahkan beliau turut menggerakkan beberapa protes sosial terhadap status-quo yang merampas kekhalifahan Ali r.a dan pencerobohan ke atas tanahnya.

Demikian besar peribadi Fatimah sehingga insan sehebat Imam Ali r.a merasa tenang dan damai di sisinya. "Demi Tuhan, hingga akhir hayatnya, tidak pernah aku merasa kecil hati dengan perilakunya atau memaksanya. Begitu juga tidak pernah dia merasa marah terhadapku atau tidak mentaatiku. Saat aku melihat Fatimah," kata Imam Ali, "hilanglah duka dari seluruh jiwaku."



IKHTILAT


IKHTILAT = Batas2 pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram




Mari kita sama-sama AMALkannyer..



Wednesday, May 22, 2013

We Love yOu




Alhamdulillah.. Puteri Sulung kami selamat di lahirkan.

Tarikh : 22 Mac 2013
Jam : 11.45 Malam
Tempat : Hospital Ampang

Secara Emergency Caeseran.. Waktu dalam bilik bersalin doktor cek beritahu yg baby dah poo poo dalam perut, waktu tu bukaan baru 4cm... so kalau nak bersalin normal kne tggu lame lagi.. boleh bahayakan baby dalam perut... sO kita amik keputusan untuk Operation demi selamatkan baby..