Friday, January 11, 2013

Urutan Perineum (Perineal Massage)

"urutan permukaan faraj sebelum bersalin atau antenatal preneal massage"


Apakah 'perineum"?
Iaitu kawasan di antara faraj dan dubur.


Berapa kerapkah koyakan perineum itu berlaku?
Antara 40-80% dan 2/3 daripadanya memerlukan jahitan.


Bagaimana untuk mengelakkan ianya daripada berlaku?
Lakukan "Perineal Massage"
Menggunakan 1 atau 2 jari
Dilakukan sendiri di rumah, 1-2 kali sehari sebelum 4-6 minggu sebelum tarikh jangka.


Bolehkah suami mendorong?
Sudah tentu!


Adakah apa-apa risiko kepada kandungan?
Tidak ada.
Senang dilakukan.
Tidak menyakitkan.
Tidak perlu bayaran.



Tatacara mengurut perineum

Basuh tangan anda dan pastikan kuku sentiasa pendek, tenangkan diri anda ditempat yang selesa dengan cara mencangkung.

Sapukan pelicin (minyak zaitun / minyak kelapa dara). Jangan gunakan minyak bayi, minyak galian atau petroleum jelly.

Letakkan 1 atau 2 jari anda lebih kurang 1 - 1.5 inci ke dalam faraj. Tekankan ke bawah iaitu ke arah dubur dan ke sisi sehingga terasa sedikit regangan.

Tetapkan keadaan tersebut selama 1-2 minit.

Urutan perlu dilakukan dalam bentuk gerakan 'U' berulangkali.

Urutan perineum hendaklah dilakukan perlahan-lahan selama 10 minit setiap hari (sekurang-kurangnya 4 kali seminggu). Selepas 1-2 minggu anda akan terasa lebih regangan.



Gambar GOOGLE

Saya gunakan Virgin Coconut Oil from TANAMERA.. beli skali dalam set utk lepas bersalin nnt..
xsalah kalau kita cuba n ikhtiarkan.. hehehe..

Keputusannyer nak tau mujarab ke x tunggu saya lepas bersalin la ye.. hahaha

Sunday, January 6, 2013

29 weeks


Ukuran Kepala :: 29 minggu 5 hari [due-13/03/13]
Ukuran Kaki :: 31 minggu 5 hari [due-04/03/13]

Air ketuban :: Okey..
Jantung :: Okey.. 

Berat :: 1.47kg
Jantina :: RAHSIA!! hehehe

Saturday, January 5, 2013

Checlist Keperluan Bayi & Ibu

Assalam...harini baru masuk 29weeks pregnant, 7bulan +...perasaan?? Teruja n Neves sangat sangat okey, sampai g checkup Darah naik tinggi...huhuuu..Baby sangat sangat aktif dalam perut nih, Me n My Hubby sgt teruja tengok perot bejol sana sini...hhehehehe..so far checkup aritu jantung baby okey NORMAL, Alhamdulillah...1st time dengar dengupan Jantung Baby ^____^...

JANTINA baby bt mase nie xtau lagi, x g scan lg...mcm malas nak scan pon ad, tp tringin nak tau.. boleh?? hikhikhik...skrang nie pon ramai yg main teka teka baby kita ni BOY..sebab nyer, dr blakang mcm xngandung kan, kalu tengok depan Memboyot kauuu..hahaha, ape ape pun yg penting baby sihat..kami xkesah pon dapat anak Jantina apa...Syukur Alhamdulillah Allah nak bg rezeki...

Okeyla, harini kita nak share senarai keperluan yg kita buat..nie BASIC jela, utk baby baru lahir.. nak lebih lebih tunggu baby Lahir or besar sket..xmo nnt beli bnyak2 pastu xpkai plakkan, dah membazir... belom nnt orang bg hadiah plakkan (cehh..mengharap kauuu) hahahaha.. So harap dapat membantu & kalau sape sape nak tolong tambah ke boleh la komen... ^__^

PAKAIAN

  1. Baju Harian (siang) 
  2. Baju Harian (malam)
  3. Mitten & Booties
  4. Topi
  5. Barut
  6. Bedung 
  7. Tuala
PENJAGAAN DIRI
  1. Toileteris Set (syampoo, sabun, Losyen & bedak)
  2. Minyak Telun
  3. Vicks
  4. Pemotong Kuku
  5. Nasal Aspirator 
  6. Kapas Muka 
  7. Cotton Bud
  8. Tisu Basah
  9. Krim Ruam
  10. Lampin (10 helai)
  11. Pampers (1 pack)
  12. Drawer/Almari Laci
PENYUSUAN
  1. Botol Susu BPA Free 
  2. Puting 
  3. Breast Pump 
  4. Sterilizer 
  5. Home & Car Warmer
  6. Berus Botol 
  7. Breast Pad Disposal
  8. Nursing Bra
  9. Nursing Cloth 
NURSERING (keperluan Tidur)
  1. Set Tilam (tilam & bantal) 
  2. Kelambu 
  3. EXTRA tilam lembut 
  4. Selimut
TRAVELING
  1. Beg Baby
  2. Stroller 
BERPANTANG
  1. Kain Sarung/Batik
  2. Stokin Tebal
  3. Set Berpantang TANAMERA 
  4. Maternity Pad
  5. Tungku Moden