Friday, May 24, 2013

Fatimah Az-Zahra


Saidatina Fatimah az-Zahra r.a. adalah puteri bongsu yang mulia Rasulullah S.A.W, Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muthalib bin Hasyim.

Siti Fatimah az-Zahra dilahirkan pada hari Jumaat 20 Jamadil Akhir iaitu tahun kelima sebelum Nabi s.a.w. menjadi Rasul. Ketika itu kaum Quraisy sedang memperbaiki dan membangun kembali Kaabah disebabkan banyak kerosakan pada bangunan tersebut.

Siti Fatimah putri kesayangan Nabi s.a.w. mendapat gelaran Assidiqah (wanita terpercaya), Athahirah (wanita suci) al-Mubarakah (yang diberikahi Allah) dan yang pal
ing sering disebutkan adalah Fatimah Azzahra (bunga yang mekar semerbak).

Dia juga digelari Al-Batuul, iaitu yang memusatkan perhatiannya pada ibadah atau tiada bandingnya dalam hal keutamaan, ilmu, akhlaq, adab,hasab dan nasab.

Fatimah lebih muda dari Zainab, isteri Abil Ash bin Rabi' dan Ruqayyah, isteri Uthman bin Affan. Juga dia lebih muda dari Ummu Kalsum.

Siti Fatimah az-Zahra menyaksikan sendiri betapa halangan dan rintangan yang telah dihadapi ayahandanya dalam memperjuangkan Islam. Pernah ketika Nabi s.a.w. dihina, dimaki hamun, malah diletakkan najis binatang ketika Nabi s.a.w. sedang sujud, menyembah Allah s.w.t., dengan tangisan kesedihan Siti Fatimah membersihkan tubuh Nabi s.a.w. dari kotoran yang taburkan oleh kaum Quraisy.

Kepada Salman Al-Farisi, Rasulullah S.A.W pernah bercerita tentang kearifan yang dicapai oleh Fatimah. Baginda bersabda, "Wahai Salman, ketahuilah bahawa Allah SWT telah memenuhi kalbu dan seluruh jiwa raga puteriku dengan keimanan." Al-Hassan menuturkan; "Ibuku adalah dia yang memenuhi malamnya dengan doa dan munajat hanya kerana umat Muhammad."

Sebagai pendamping hidup Imam Ali r.a, Fatimah juga tampil sebagai isteri yang ideal dan suri rumah yang penuh tanggungjawab. Bahkan beliau turut menggerakkan beberapa protes sosial terhadap status-quo yang merampas kekhalifahan Ali r.a dan pencerobohan ke atas tanahnya.

Demikian besar peribadi Fatimah sehingga insan sehebat Imam Ali r.a merasa tenang dan damai di sisinya. "Demi Tuhan, hingga akhir hayatnya, tidak pernah aku merasa kecil hati dengan perilakunya atau memaksanya. Begitu juga tidak pernah dia merasa marah terhadapku atau tidak mentaatiku. Saat aku melihat Fatimah," kata Imam Ali, "hilanglah duka dari seluruh jiwaku."



IKHTILAT


IKHTILAT = Batas2 pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram




Mari kita sama-sama AMALkannyer..



Wednesday, May 22, 2013

We Love yOu




Alhamdulillah.. Puteri Sulung kami selamat di lahirkan.

Tarikh : 22 Mac 2013
Jam : 11.45 Malam
Tempat : Hospital Ampang

Secara Emergency Caeseran.. Waktu dalam bilik bersalin doktor cek beritahu yg baby dah poo poo dalam perut, waktu tu bukaan baru 4cm... so kalau nak bersalin normal kne tggu lame lagi.. boleh bahayakan baby dalam perut... sO kita amik keputusan untuk Operation demi selamatkan baby..

Monday, March 18, 2013

Baby dah Engage??

Harini kandungan dah 39 minggu 2 hari...tengah tunggu mase jer nie, makin hari mangkin banyak sengal sengal yang rase.. mujur amik ML awal seminggu, memang dah xlarat sangat dah... huhuuu.. debor rasenyer..  Tengah cuti cuti nie amik peluang la kemas kemas rumah ape patut, masak untuk En.suami (da lame x masak).. dengan harapan baby cepat keluar jangan overdue ea.. hehehehehe..


Perkembangan 39 minggu?? Perut kerap mengerassssss... kadang kadang mild mild jer, kadang kadang tu Masyaallah... sakit la jugak, smpai nafas pon sangkut sangkut... setiap kali mengeras mesti cari En.suami, mintak dia usap usapkan perut.. nnt lembut blk...hehehehe ngade ... pastu tulang punggung nie sakit sangaaaatttt, maybe sebab buat keje lebih lebih kot.. mlm tu xboleh tido, nak gerak mengereng pon saaakkiiitttttt amattt... nak turun katil pon rase nk pengsan!! malam malam mesti macam tu..huhuuu... Redha jela sakit owg mengandung, besar pahalanyer...

Dah macam macam tanda tu ape lagi mengGOOGLE la kan.. tanda tanda ape yang patut.. nie hasilnyer...
Salah satu tanda nak bersalin ialah BABY dah ENGAGE ataupun baby tu da dilaluan yang betul untuk bersalin...
  • Sakit bahagian kelangkang samada bila berjalan atau duduk sebab baby menekan. YES!! nie dah rase dah..
  • Selalu terasa nak terkencing. YES!! jugak... sehari berkali kali g toilet.
  • Perut terasa sakit sebab baby asyik mengeras je. Ini memang dah rase dari Minggu 38..
  • Kerap terkentut. Dah jugakkk, En.Suami perasan...hikhikhik..
  • Kerap sakit perut macam nak Poo poo @ Kerap buang air besar. Ini pon ye dah jugakkkk....
Wahhh..semua dahhhhh...nevesnyerrrrrrr!! tanda tanda yang besar je belom lagi...


Sunday, March 10, 2013

Tanda tanda Bersalin

Assalam...

Pejam celik pejam celik usia kehamilan dah 38 minggu... tunggu mase je nie nak bersalin, huhuuu.. debornyerrrr!! al maklumlah pestime.... saya n encik husben sampai termimpi mimpi dah ad baby.. tu xtau la tandanyer excited or ape..kikikiki...

ok la, saya selalu google pasal tanda tanda bersalin nie.. sebab nie pertama kali, kene la tau jugak ap yang kene buat bile jadi ape patut nanti kan.... jOm Layan...




Tanda - tanda Bersalin / Turun Tanda Keluar Darah

Ini adalah salah satu tanda awal kelahiran. Darah dan lendir yang menutupi pintu rahim akan keluar apabila pintu rahim sudah mula terbuka.


Turun Air

Pada sesetengah ibu, air ketuban akan turun beserta tanda. Air ketuban biasanya jernih dan mungkin akan membasahi seluar dalam atau kain yang dipakai. Sekiranya air ketuban telah pecah, segeralah ke hospital pada hari yang sama juga.


Sakit Kontraksi

Kontraksi yang berlaku pada sela masa 10 minit dan mengambil masa 30 hingga 40 saat sebelum berlalu adalah petanda ibu sedang sakit bersalin atau in labour. Ibu biasanya dapat membezakannya dengan sakit 'Braxton Hicks' kerana sakit ketika hampir bersalin selalunya lebih kuat dan lebih tetap. Ia juga disertai dengan sakit belakang.


Alamak! Pemeriksaan Bawah!

Salah satu tanda ibu telah bersedia untuk melahirkan adalah dengan melihat kepada pembukaan pintu rahim (servik). Dalam keadaan biasa pangkal rahim yang terletak di dalam vagina akan berada dalam keadaan tertutup.

Apabila kontraksi berlaku, pintu rahim akan menjadi semakin nipis dan akan terbuka. Apabila pintu rahim terbuka, darah dan lendir akan keluar, dan ini dikenali sebagai tanda.

Pintu rahim akan terbuka perlahan-lahan bermula pada bukaan 1 cm dan seterusnya bayi akan lahir apabila bukaan mencapai 10 cm.

Bukaan pintu rahim ini akan ditentukan oleh doktor dengan memasukkan jari ke dalam vagina dan mengukur bukaan rahim tersebut dengan jari.



Jangan Bimbang..


Ramai ibu yang berasa ngeri memikirkan pemeriksaan vagina terutama ibu pada kali pertama. Jangan bimbang, cubalah untuk bertanang dan bernafas dengan dalam dan perlahan. Sekiranya kita tidak tenang dan mengeraskan badan, doktor sukar untuk melakukan pemeriksaan dan kita juga mungkin akan terasa sakit. Biasanya doktor akan melakukan pemeriksaan dengan perlahan - lahan dan akan mengajar kita untuk bernafas dengan lebih baik dan tenang.

Adakalanya doktor akan melakukan pemeriksaan vagina (biasa disebut VE atau 'vaginal examination'dalam istilah perubatan) semasa kita datang untuk pemeriksaan antenatal. Selalunya ini dilakukan ketika sudah menghampiri cukup bulan.

Selain memberitahu doktor tentang bukaan rahim, pemeriksaan vagina jugak akan memberi maklumat lain seperti keadaan pintu rahim samada masih keras atau sudah bertambah lembut dan menjadi semakin nipis.Ia juga boleh memberi maklumat sejauh mana kedudukan kepala bayi.

Oleh itu pemeriksaan vagina adalah penting dalam menilai perkembangan 'labour'. Selalunya ia dilakukan setiap 4 jam sekiranya kita sudah bersedia untuk bersalin atau mungkin lebih kerap bergantung kepada keadaan perkembangan kita.



Tiga Fasa Sakit Bersalin


Fasa Pertama

Fasa pertama adalah daripada mula pembukaan rahim sehingga bukaan rahim menjadi 10 cm. Bukaan pintu rahim sebelum 3 cm disebut 'latent phase' dan bukaan pintu rahim 3 cm ke atas disebut sebagai fasa aktif. Pada masa fasa 'latent', sakit bersalin mula terasa tetapi belu di peringkat aktif.

Fasa ini boleh mengambil masa beberapa jam dan adakalanya beberapa hari. Apabila sampai ke bukaan rahim 3 cm, ia disebut fasa aktif kerana bukaan rahim biasanya akan terus membesar sehingga 10 cm atau biasanya disebut 'fully'. Selalunya pada ibu yang mengandung kali pertama bukaan rahim membesar pada kadar 1 cm setiap jam.

Oleh itu jangkaan bersalin anak pertama biasanya mengambil masa antara 8 ke 12 jam. Jangkaan bersalinanak kedua dan seterusnya biasanya lebih cepat sekitar 6 ke 8 jam atau mungkin lebih kurang daripada itu.


Fasa Kedua

Bermula ketika pembukaan penuh 10 cm sehingga bayi lahir. Tahap ini biasanya mengambil masa 30 minit sehingga ke satu jam.


Fasa Ketiga

Fasa ketiga bermula dari kelahiran bayi sehinggalah uri keluar. Tahap ini biasanya mengambil masa sekitar 15 minit ke 30 minit.

Kesemua perkembangan sakit bersalin akan dicatitkan dalam satu graf yang disebut Partogram.Ia akan membantu doktor menilai perkembangan sakit bersalin bagi setiap pesakit.

Bagaimana Partogram Dapat membantu Para Doktor

Partogram adalah satu carta yang ringkas tetapi banyak membantu para doktor dan jururawat serta bidan. Banyak keputusan yang dibuat oleh doktor adalah berdasarkan carta tersebut.


Sudah Tiba Masa Ke Wad Bersalin?

Apabila tiba di hospital atau pusat bersalin, orang pertama yang akan kita berjumpa kemungkinan adalah bidan atau jururawat. Beliau akan bertanyakan simptom-simptom yang mungkin kita alami. Sekiranya kita diberi buku rekod antenatal, ini akan banyak membantu.

Seterusnya pemeriksaan perut akan dijalanan dan degupan jantung bayi akan direkodkan. Pemeriksaan vagina seterusnya akan dilakukan dan ini akan memberi idea berapa jauh kita dengan kelahiran.

Keputusan pemeriksaan ini akan diberitahu kepada doktor dan biasanya doktor akan datang melawat kita. Pada kebiasaannya apabila pemeriksaan vagina menunjukkan bukaan rahim 3 cm ke atas, kita akan dimasukkan ke bilik bersalin(labour room). Sekiranya masih tiada bukaan atau bukaan kecil sahaja kita mungkin akan dimasukkan ke wad bersalin.


Di Bilik Bersalin

Setiap hospital mempunyai peraturannya sendiri di bilik bersalin. Kebanyakan hospital bersalin swasta membenarkan suami berada bersama isteri ketika proses kelahiran. Di Malaysia ketika ini, hospital-hospital kerajaan juga sedang melakukan perubahan-perubahan ke arah lebih positif dan di beberapa hospital sudah memulakan konsep 'husband-friendly' dengan membenarkan suami bersama isteri ketika melahirkan. Ibu-ibu perlu tahu apakah peraturan di hospital pilihan untuk bersalin nanti.

Bolehkah Makan Ketika Sudah Masuk Ke Bilik Bersalin?

Perkara ini juga berbeza dari hospital ke hospital. Secara amnya kebanyakan hospital tidak membenarkan makan makanan berat seperti nasi semasa sedang dalam fasa pertama. Bagaimanapun minuman dan makanan ringan dibenarkan.

Para ibu digalakkan mengambil tamar atau coklat. Ia memberikan tenaga yang banyak walaupun diambil dalam jumlah yang sedikit.

Selalunya makanan berat tidak digalakkan kerana ibu-ibu mungkin akan termuntah ketika sakit bersalinmemuncakdan keadaan ini akan mengganggu fokus ketka meneran. Pada masa yang sama ia mungkin akan termasuk je dalam saluran pernafasan dan menimbulkan masalah.

Adakalanya masalah timbul dan mungkin ibu-ibu terpaksa menjalani pembedahan. Risiko pembedahan akan lebih tinggi sekiranya ibu-ibu baru lepas makan terutama makanan berat.


Adakah Saya Akan Di 'cukur'?

Pada masa ini tidak banyak hospital yang mencukur bulu di sekitar kemaluan ibu. Pada suatu masa dahulu ia merupakan kemestian. Mencukur atau tidak, tidak akan mempengaruhi proses kelahiran. Bagaimanapun ada ibu yang berasa lebih selesa dengan membersihkan kawasan kemaluan di rumah sebelum datang sakit bersalin.


Bagaimana Sekiranya Saya Terbuang Air Besar Ketika Sakit Bersalin Atau Ketika Meneran?

Perkara ini adalah suatu yang cukup normal. Ini berlaku kerana arah pergerakan bayi keluar adalah sama dengan arah keluarnya najis, dan kerana kedudukan rektum adalah sangat hampir dengan vagina, keluar najis ketika meneran adalah sesuatu yang sangat 'natural'.

Jangan berasa terlalu bimbang kerana para doktor dan bidan serta jururawat sudah biasa dengan keadaan ini. Berasa terlalu bimbang akan mengganggu fokus untuk meneran.

Bagaimanapun kebanyakan hospital akan memberi ubat 'enema' untuk kita membuang air besar sebelum dihantar ke bilik bersalin.

Saturday, March 9, 2013

Baby BREECH / SONGSANG

TARIKH :: 14/02/2013
MINGGU HAMIL :: 34 MINGGU 5 HARI
TEMPAT :: KKIA KAMPUNG PANDAN


Macam biasa Appmnt dengan KKIA, check air kencing, berat n BP...BP mcm biasa la, kejap okey kejap x..arini BP naik sket, sbb tggu lama sangat kot ++ ramai org, pening jadinyer, huhuuuu.. Nurse cek perut bagai pastu kne jumpe doktor..arini doktor scan perot ckp baby kita songsang plak..xpasal dpt surat suruh g refer O&G kat Hospital Ampang ( sebab nak bersalin kat sana)..huhuuu..susah hatinyer hanya ALLAH je yang tau, tp buat buat cool jela kan takkan nak gelabah itik (gelabah itik??) huhuuuu..

Balik dr KKIA terus google pasal Breech/Songsang...Ngadu kat hubby, SMS emak, SMS kakak (dia ad pengalaman breech), habis semua org ditanya... Doktor kat KKIA ad bg tau kalu baby songsang dia ad 2 kaedah.

1. Proses ECV ( External Cephalic Version) dokter pakar akan pusingkan baby dlm perot nie... risikonyer boleh sebabkan tali pusat terbelit kat baby, rahim pecah, pendarahan, dll.. proses nie diorg bt kat dlm Operation room, if apa apa jadi diorg akan terus buat operation untuk selamatkan baby n emaknyer...


2. Bersalin secara Ceaser.... huhuuuu... Kalau boleh semua org xmau bersalin Ceaser kan, waktu bersalin mmg la xsakit, tp lepasnyer tu..??? diorg la kata, kite xde pengalaman lagi...

APP. PAKAR O&G  :: 22/02/2013 (8:00 a.m)
TEMPAT :: HOSPITAL AMPANG
MINGGU HAMIL :: 35 MINGGU 6 HARI

Sampai sampai terus daftar kat kaunter, kebetulan sampai xramai orang so cepat ler siap..xyah amik nomnor pon..hehehe.. nthen g tros kat bahagian pakar O&G, letak buku pink n kad appoinment.. dapat nombor giliran, sementara tunggu nombor tu g la chek BP, Air kencing n berat..so far semua okey jer, Alhamdulillah.. maybe sebb cepat kot, klu lmbt mau gak darah tinggi ak naik.. kikiki..

Giliran saya dah sampaii!! oh debor jer rase...hehehhe..Doktor tnya mcm2 soalan kat saya, tanya last period saya ble..(memang x ingatla kannn)..kenapa BP sy kejap ok kejap x...bla bla bla... pastu g check/scan baby.. eh eh! kepala baby dah kat bawah!! Alhamdulillah...tp x masuk laluan lagi la, doktor kata awal lagi.. maybe baby boleh pusing2 lagi... nthen doktor bt untuk next appoinment tunggu 37minggu..

** Apa2 pun syukur Alhamdulillah... berkat Doa n Usaha memujuk baby supaya kepala tu kasik turun.. nak petua ke??? kikiki....

1. Banyak Baca surah Mariam..
2. Zikir doa nabi Yunus.. Laa ilahailla anta subhanakaainnikuntu minazolimin...
3. Senaman sujud.... Buat kaedah seperti bersujud sekurang2nyer setiap 10 minit..nak bt brape kali tu ikot
    la korg kan...
4. cakap cakap kat baby, pujuk dia supaya x songsang..tp jgn paksa dia lak... ad setengah kes bby mmg
    xboleh pusing sebb tali pusat dia pendek..ad jugak sebb kaki baby tu panjang..kang paksa takot jadik
    bende lain lak...cian diaaaaa...


APP. PAKAR O&G  :: 06/03/2013 (9:00 a.m)
TEMPAT :: HOSPITAL AMPANG
MINGGU HAMIL :: 37 MINGGU 4 HARI

Kalini lame laaaa nak tunggu...ramaiiii!! daftar je dah setengah jam! grrrr... diri plak tu tunggu! chek urine pon tunggu lame gak, toilet boleh guna 1 jer! sorg masuk dah 10 minit... mulakan chek BP ak tinggi... huhuuuu.. ble dah tinggi tu mula la nak chekup ak bnyak kali...

tunggu doktor panggil dekat nak sejam...pastu tibe2 name ak kne panggil, semangat nih! sbb dah tunggu lame n ak pon dah ngntokkk... rupe2nyer doktor ajak ak n beberapa org yang lain g dengar ceramah pasal menyusu...adeeehhhhh... time x baik betol la dok tu bt ceramah... ad la dekat stgh jammm..

pkol 10.30 mcmtu doktor baru panggil...chek ap semua baby okey, alhamdulillah... cuma dia heran BP ak xla tinggi sgt, tp doktor kat KKIA selalu suh ak bt weekly BP...nthen dia suruh jer chek tiap2 minggu jugak, takot jadi pape...dannnn tunggu jugak result darah ak kluar.. klu darah ak normal, boleh ler ak bersalin normal mcm org lain... klu tak, ak xboleh overdue date dr tarikh jangkaan ak bersalin tu..kne INDUCE katanyerrrrr.... xkesahhh laaaaaaa, dapat bersalin Normal + baby n ak selamat bersalin pon dah syukur saaaangaaattttt~

Doktor suh tunggu kat luar, nnt dia panggil... setengah jam tunggu, sister panggil..Chek BP lg skali...

tunggu lagi setengah jam, sister panggil lagi skali... Chek BP lagi!!! masa tu hubby dah ngntuk... hampir jadi HULK!! huhuuuu..lame giler kannn...

Setengah jam kemudian doktor plak panggil... bg tau ak pasal BP, dia kat tinggi sket la..sbb bhagian jantung ak tinggi.. 130/90...asyik 90 jer ak pnyer...last chek kali ke tiga tu BP ak 135/90..mne x tinggi, dah bengang tunggu lame! grrrrrrr....

tunggu nme lagiiiii, nak amik kad merah balik...tunggu sister panggil name berejam!! abis jmpa dok dkt 12.30, tunggu pnyer tunggu nme kne panggil dekat nak pkol 1.30!! ak dah lapar!! dah xtahan ak tros g tnya ak pnyer kad lme lg ker?? ak nak cepat...baru la dia bg kad ak tu... cissssss~ hubby smpai tertidur kat sofa.. mujur dia tidur, kalu dia jadi HULK?? bertambah tinggi BP aku..huhuuuu... 4jam buang mase gitu jer kat situ...

**yang penting baby ak sihat n xsongsang lagi..skrang BP jer kne kawal.. harapnyer semua okey, selamat n sihat sejahtera... klu boleh ak nak bersalin normal mcm orng lain... Insyaallah..semua dengan kehendah ALLAH...






Friday, February 8, 2013

3D 4D Scan

Assalam....

Tarikh : 06/02/2013 ( 33 weeks)
Masa : 08:20 malam
Tempat : Klinik Fauziah & Rakan rakan
Sonographer : Miss Jezzlin

Ahaks!! Alhamdulillah akhirnyer tercapai la hasrat di hati nak buat 3D 4D scan nie uols... dah lme dah teringinnnnnn sgt nak buat, nie pon dah tahan diri..tp apokan dayo, teringin sangat smpai terbawa bawa dalam mimpi...Akhirnyaaaaaa....Allah makbulkan permintaan ibu mengandung nih...hihihihi..

Okey, serius seronok!! gerammmm!! mcm x sabar plak nak kluarkan baby nie, hehehehe... hilang segala sakit bila dapat tgk muka tembam dia, dngan keletah muke sedih dia ble kcau dia tido... kikikiki... pandai Miss Jezz tu pujuk dia, mesra jer....

1st time tgk muke ank sendiri, rasa terharu, gembira, mcm2 rase ada...Subhanaallah, betapa besarnyer ciptaanNya.. huhuhuuuu...


hukhuk..cedey la sy, kne kacau... Mak,sy nak titO la..


waaaa~ ap kakak nie, goncang goncang sy....


Ok la, buat muke cute...Duck Face lg tu... Eeee mak gigit mulot tu baru tau..
kikiki... Okey, muka cOmel haruslah ikot muke mak kan.. Ahaks!! 
Abahnyer jgn jeles Okey...


Nie antara gambar yg dapat.. Semua Mulot seksi Okey..

Hasil gatal tangan mengGOOGLE 3D & 4D Scan, maka terjumpa tempat nie...Pakej yg ku rse bes n berbaloi + murah kot... kikiki... ikutkan memang dah terlewat or terlebih weeks utk scan, 30++ klu g scan kre ikut nasib la..sbb time tu baby dah besar n refer pd air ketuban... tapi korg jgn risau, if muke baby xnampak diorg xkan caj bayaran...

ku amik pakej Scan 3D & 4D (RM100), Print out 2 keping gambar hitam putih + CD.. dalam CD tu ad 16 gambar 3D baby, 5 Video (4D), 4 gambar 2D (detail ukuran kepala, pinggang, tulang peha & jantung), 2 gambar penerangan baby... so far Alhamdulillah kesihatan baby semua okey...

* harga pakej nie dah naik RM20 okey..dia bg print out gmber berkaler...

Untuk maklumat lanjut Korg g sini --> 3D 4D SCAN MALAYSIA @ FB 3D 4D SCAN MALAYSIA




Kuat titO..hehe

Friday, January 11, 2013

Urutan Perineum (Perineal Massage)

"urutan permukaan faraj sebelum bersalin atau antenatal preneal massage"


Apakah 'perineum"?
Iaitu kawasan di antara faraj dan dubur.


Berapa kerapkah koyakan perineum itu berlaku?
Antara 40-80% dan 2/3 daripadanya memerlukan jahitan.


Bagaimana untuk mengelakkan ianya daripada berlaku?
Lakukan "Perineal Massage"
Menggunakan 1 atau 2 jari
Dilakukan sendiri di rumah, 1-2 kali sehari sebelum 4-6 minggu sebelum tarikh jangka.


Bolehkah suami mendorong?
Sudah tentu!


Adakah apa-apa risiko kepada kandungan?
Tidak ada.
Senang dilakukan.
Tidak menyakitkan.
Tidak perlu bayaran.



Tatacara mengurut perineum

Basuh tangan anda dan pastikan kuku sentiasa pendek, tenangkan diri anda ditempat yang selesa dengan cara mencangkung.

Sapukan pelicin (minyak zaitun / minyak kelapa dara). Jangan gunakan minyak bayi, minyak galian atau petroleum jelly.

Letakkan 1 atau 2 jari anda lebih kurang 1 - 1.5 inci ke dalam faraj. Tekankan ke bawah iaitu ke arah dubur dan ke sisi sehingga terasa sedikit regangan.

Tetapkan keadaan tersebut selama 1-2 minit.

Urutan perlu dilakukan dalam bentuk gerakan 'U' berulangkali.

Urutan perineum hendaklah dilakukan perlahan-lahan selama 10 minit setiap hari (sekurang-kurangnya 4 kali seminggu). Selepas 1-2 minggu anda akan terasa lebih regangan.



Gambar GOOGLE

Saya gunakan Virgin Coconut Oil from TANAMERA.. beli skali dalam set utk lepas bersalin nnt..
xsalah kalau kita cuba n ikhtiarkan.. hehehe..

Keputusannyer nak tau mujarab ke x tunggu saya lepas bersalin la ye.. hahaha

Sunday, January 6, 2013

29 weeks


Ukuran Kepala :: 29 minggu 5 hari [due-13/03/13]
Ukuran Kaki :: 31 minggu 5 hari [due-04/03/13]

Air ketuban :: Okey..
Jantung :: Okey.. 

Berat :: 1.47kg
Jantina :: RAHSIA!! hehehe

Saturday, January 5, 2013

Checlist Keperluan Bayi & Ibu

Assalam...harini baru masuk 29weeks pregnant, 7bulan +...perasaan?? Teruja n Neves sangat sangat okey, sampai g checkup Darah naik tinggi...huhuuu..Baby sangat sangat aktif dalam perut nih, Me n My Hubby sgt teruja tengok perot bejol sana sini...hhehehehe..so far checkup aritu jantung baby okey NORMAL, Alhamdulillah...1st time dengar dengupan Jantung Baby ^____^...

JANTINA baby bt mase nie xtau lagi, x g scan lg...mcm malas nak scan pon ad, tp tringin nak tau.. boleh?? hikhikhik...skrang nie pon ramai yg main teka teka baby kita ni BOY..sebab nyer, dr blakang mcm xngandung kan, kalu tengok depan Memboyot kauuu..hahaha, ape ape pun yg penting baby sihat..kami xkesah pon dapat anak Jantina apa...Syukur Alhamdulillah Allah nak bg rezeki...

Okeyla, harini kita nak share senarai keperluan yg kita buat..nie BASIC jela, utk baby baru lahir.. nak lebih lebih tunggu baby Lahir or besar sket..xmo nnt beli bnyak2 pastu xpkai plakkan, dah membazir... belom nnt orang bg hadiah plakkan (cehh..mengharap kauuu) hahahaha.. So harap dapat membantu & kalau sape sape nak tolong tambah ke boleh la komen... ^__^

PAKAIAN

  1. Baju Harian (siang) 
  2. Baju Harian (malam)
  3. Mitten & Booties
  4. Topi
  5. Barut
  6. Bedung 
  7. Tuala
PENJAGAAN DIRI
  1. Toileteris Set (syampoo, sabun, Losyen & bedak)
  2. Minyak Telun
  3. Vicks
  4. Pemotong Kuku
  5. Nasal Aspirator 
  6. Kapas Muka 
  7. Cotton Bud
  8. Tisu Basah
  9. Krim Ruam
  10. Lampin (10 helai)
  11. Pampers (1 pack)
  12. Drawer/Almari Laci
PENYUSUAN
  1. Botol Susu BPA Free 
  2. Puting 
  3. Breast Pump 
  4. Sterilizer 
  5. Home & Car Warmer
  6. Berus Botol 
  7. Breast Pad Disposal
  8. Nursing Bra
  9. Nursing Cloth 
NURSERING (keperluan Tidur)
  1. Set Tilam (tilam & bantal) 
  2. Kelambu 
  3. EXTRA tilam lembut 
  4. Selimut
TRAVELING
  1. Beg Baby
  2. Stroller 
BERPANTANG
  1. Kain Sarung/Batik
  2. Stokin Tebal
  3. Set Berpantang TANAMERA 
  4. Maternity Pad
  5. Tungku Moden